PAS sambut baik Pelan Pemulihan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang meliputi empat fasa.

“Pelan Pemulihan Negara ini adalah strategi keluar negara kita daripada kemelut pandemik Covid-19 yang menunjukkan tanda-tanda penurunan jangkitan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

- Advertisement -

“Peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung bulan Julai ini serta peningkatan kadar pemberian vaksin harian membuatkan kita lebih yakin untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, petang ini.

Beliau berkata, Parlimen pula dijangka boleh bersidang pada fasa ketiga dengan kawalan SOP yang ketat.

“Semoga usaha ini dapat mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 serta meringankan beban rakyat yang terjejas dari sudut ekonomi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 15/6/2021

- Advertisement -