NGO perlu bersatu bantah cadangan Suhakam

- Advertisement -

Oleh SRIHAYANIS ABASRI

KUALA LUMPUR: Tindakan PAS membantah cubaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengiktiraf golongan lesbian, gay, bisexual, transgender, queer, and questioning (LGBTQ) adalah wajar.

Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara Tiga dengan majoriti penduduknya adalah Melayu Islam.

Pensyarah Kanan Ekonomi Politik Islam, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi menegaskan bahawa kedudukan Islam dan adat budaya orang Melayu di Malaysia perlu dipertahankan.

- Advertisement -

Katanya, tindakan PAS dalam membantah hasrat Suhakam merupakan salah satu kaedah terbaik untuk menyekat Malaysia daripada unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Malah, beliau turut berpandangan bahawa mendegar dan melihat LGBTQ di merata-rata tempat adalah satu hal yang kurang menarik baginya.

“Sebenarnya bukan di Malaysia sahaja yang melihat perkara ini sebagai satu perkara yang jijik bila disebut sebagai LGBTQ.

“Malah, dalam negara Brunei juga terus mengharamkan berkaitan dengan LGBTQ, bahkan di Indonesia pun menghalangkan dan (mereka juga) melihat aktiviti LGBTQ ini adalah suatu yang salah dari sudut undang-undang,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, negara Iraq, Iran, Honduras dan Rusia tidak menyetujui LGBTQ, Amerika Syarikat sahaja yang ingin mempopularkan LGBTQ pada awal tahun 2021, tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah terdapat kerosakan moral yang semakin tinggi.

Namun demikian, mereka tidak mampu untuk menangani masalah-masalah sosial dengan sangat baik kerana menyetujui tentang kebebasan hak terhadap LGBTQ, ujarnya.

“Saya ingin menjelaskan berkaitan dengan Suhakam. Sebenarnya Suhakam ini adalah satu badan yang melihat kepada ‘human right‘.

“Walau bagaimanapun, ‘human right‘ yang di kemukakan oleh Suhakam itu bukan berasaskan kepada yang dikehendaki di dalam Islam, malah ia berasaskan daripada Barat.

“Jadi, tindakan daripada Suhakam itu ialah (kerana) mereka hanya melihat dari sudut kebebasan seks, kebebasan daripada sudut perseorangan seseorang yang bebas untuk melakukan apa sahaja, termasuk dari sudut hubungan seksual dan juga seumpamanya,” katanya.

Justeru, beliau menyokong tindakan PAS untuk menolak aktiviti LGBTQ yang jelas merosakkan nilai moral rakyat tidak kira bangsa dan agama untuk bertapak di Malaysia.

Beliau dalam masa sama turut menyeru agar bantahan terhadap cadangan Suhakam untuk mengkaji pengiktirafan terhadap ‘third gender‘ juga turut disepakati oleh suara-suara badan bukan kerajaan (NGO) Islam atau bukan Islam termasuk persatuan-persatuan Islam dan bukan Islam supaya perkara itu tidak berlaku sama sekali di Malaysia. – HARAKAHDAILY 15/6/2021

- Advertisement -