Kakitangan, pelajar Politeknik Jeli terima vaksin

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

- Advertisement -

JELI: Sebanyak 95 peratus kakitangan dan pelajar Politeknik Kampus Jeli telah menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengarahnya, Ulaimi Yahya bagaimanapun berkata, jika tiada sebarang halangan program suntikan vaksin bagi dos kedua akan dipenuhi bermula minggu depan yang akan dilakukan di Pusat PPV bergerak di peringkat Jeli.

Katanya, jumlah tersebut turut melibatkan seramai 222 pelajar yang sedang mengikuti latihan amali bagi memenuhi silibus pengajian mereka.

“Sehingga kini kakitangan Politeknik telah mencapai 95 peratus termasuk 222 pelajar yang sedang menjalani proses amali telah disuntik.

“Ini secara keseluruhan kita telah hampir mencapai tahap herd immiunity dan sasaran kerajaan,” katanya ketika meninjau gerak kerja sukarelawan PJK yang bertugas di Pusat Pemberian Vaskin (PPV) Bergerak Peringkat Jeli di Sekolah Menengah Ugama Ad-Diniah, Batu Melintang, di sini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya juga tidak melepaskan peluang memberi peranan serta sokongan dalam membekalkan fasiliti, kakitangan sukarelawan agar tahap imiuniti kelompok di peringkat Jeli dapat diselesaikan dengan awal serta berjalan lancar.

Mengulas mengenai program khidmat sosial (CSR) di PPV sementara beliau berkata, seramai 35 sukarelawan turut akan digerakkan dalam membantu menjayakan program PICK peringkat Jeli.

Katanya, setakat ini PJK telah menggerakan sukarelawannya ke empat lokasi iaitu Ayer Lanas, Sungai Rual, Kuala Balah dan Batu Melintang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Jajagan Jeli kerana memberi peluang menyertai sama dalam program ini dan dalam waktu yang sama kami menyahut cabaran

“Kita akan membekalkan sebanyak lima orang dalam satu sesi program yang dijalankan bermula di Jeli dan disini merupakan tempat keempat. Kita beri kerjasama ini juga untuk sama-sama hanyati serta mendapat herd imuniti,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2021

- Advertisement -