Khemah besar naturalisasi DAP

- Advertisement -

SEHARI dua ini riuh mengenai ‘khemah besar’. Jajaran baru politik yang dikatakan akan mengambil alih posisi PN yang ada sekarang. ‘Khemah besar’ ini katanya ada Umno, PKR dan DAP. Tetapi DAP nampaknya masih bermain tarik tali.

Tidak hairan mengenai khemah besar yang dikatakan diasaskan oleh Umno dan PKR. Ia kononnya untuk menyelesaikan kemelut negara yang hakikatnya melindungkan kemelut diri ingin menjadi Perdana Menteri. Mari kita membuat jangkaan masalah yang akan terus membelenggu negara angkara politik gila kuasa.

- Advertisement -

Saya pernah berbincang panjang dengan seorang sahabat hingga awal Subuh sebelum PRU14 mengenai gabungan Anwar dan Mahathir. Apatah lagi dengan DAP menjadi pemudahcara antara keduanya. Ternyata telahan saya tepat dan betul bahawa kedua manusia ini tidak akan mampu disatukan walaupun telah diisytiharkan ianya hanya ‘luka kecil’.

Tempoh 22 bulan ialah tempoh dua tokoh dan parti Melayu dalam PH saling berlumba dan menyusun strategi untuk menguasai jawatan Perdana Menteri. Saban hari diingatkan ‘janji peralihan kuasa Perdana Menteri’ yang kononnya telah dimeterai.

Di saat dua pimpinan parti Melayu ini menyusun langkah berebut kuasa sebagai Perdana Menteri, DAP bijak mencatur kuasa mengukuhkan pengaruh. Dengan menguasai Menteri Kewangan, segala harta negara disalurkan untuk mengukuhkan pengaruh dan kemewahan mereka. Parti ‘Islam’ PAN pula seronok ‘memasak’ dan berhoneymoon seperti beruk dapat gadget. Itu tempoh 22 bulan yang berlalu. Sejarah pahit rakyat dan negara yang tak mungkin dilupa.

Kini sekali lagi akan berlaku atas nama khemah besar menggantikan luka lama. Seperti terdesaknya PKR ingin menyelamatkan Anwar dari ‘bersejarah’ sebagai banduan, begitulah ulangan kepada senarai panjang menanti giliran pendakwaan dan hukuman dari mahkamah. Jika ‘mimpi ketika tidur berdiri’ ini menjadi nyata pastinya perebutan sebagai Perdana Menteri akan mengulangi sejarah 22 bulan negara. Dan DAP akan berperanan seperti sebelum ini.

Sebagaimana Mahathir, bekas Perdana Menteri ingin kembali menjadi Perdana Menteri, mustahil bagi Najib Razak menerima tawaran Timbalan Perdana Menteri. Sebagaimana mimpi ketika ‘tidur berlari’ Anwar sebagai Perdana Menteri, dia tidak mungkin mengulangi percaya kepada janji peralihan selepas dua tahun. Apatah lagi Najib Razak tidak setua Mahathir dan belum sepuas Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih 20 tahun.

Keadaan ini akan menyebabkan negara lebih kucar-kacir. Kalau di saat mereka bukan Perdana Menteri pun sibuk ‘mengganggu’ tumpuan kerajaan menangani COVID-19. Apakah mungkin mereka memberi tumpuan masalah rakyat atau percaturan kuasa siapa yang jadi Perdana Menteri?

DAP? Seperti biasa, dengan liciknya bermain tarik tali. Antara mencuba adakah ahli Umno yang setia dan sayang kepada agama dan bangsa mereka sanggup menerima DAP demi kuasa Perdana Menteri atau bangkit menentang agenda ‘me-naturalisasikan’ DAP sebagai mesra Melayu. Saya yakin, sebagaimana curiganya peminat bola sepak negara terhadap pemain ‘naturalisasi’ Harimau Malaya, penyokong setia yang berdarah Melayu sejati Umno takkan menerima naturalisasi DAP. Kerana itu DAP sedang ‘test market’ penyokong setia Umno.

PAN? Mereka akan ditinggalkan agar bebas berenang di Laut China Selatan. Bagi yang tak mampu berenang. Segeralah mengisi borang PKR seperti beberapa ADUN sebelum ini. Jika di tanya. Jawablah. Demi kepentingan agama dan negara.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 14/6/2021

- Advertisement -