Adun tawar ‘rider’ isi petrol percuma

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

POKOK SENA:
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Bukit Lada menawarkan baucer petrol percuma kepada 100 permohonan awal bermula 13 Jun (semalam).

Adun Bukit Lada Ustaz Salim Mahmood berkata, tawaran itu hanya kepada penghantar makanan bermotosikal (rider) sahaja.

- Advertisement -

“Kita buka permohonan bermula semalam hingga 17 Jun ini dan selepas itu, pihak PKWR akan panggil untuk menerima baucer,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya pemohon yang berjaya akan menerima baucer petrol bernilai RM10 dan boleh ditebus di stesen minyak Shell Pokok Sena bermula 18 Jun hingga 20 Jun ini.

Bagaimanapun kata beliau tawaran itu hanya melibatkan penduduk di Dun Bukit Lada sahaja.

Oleh itu menurutnya mereka yang berminat boleh menghantar salinan kad pengenalan dan nombor telefon ke peti surat yang disediakan di hadapan PKWR Bukit Lada.

“Selain itu bertujuan mengeratkan siraturahim secara tidak langsung dapat membantu mereka terutama dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang.

“Jadi saya berharap rider mengambil peluang tawaran yang dibuka sekarang bagi membantu meringankan penghantar makanan di sini,” tambah Salim.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pejabat PKWR Dun Bukit Lada di talian 011-1094 1285 atau Ustaz Hanifi, 012-564 2123. – HARAKAHDAILY 14/6/2021

- Advertisement -