Zaman kehancuran Yahudi

- Advertisement -

SELEPAS kewafatan Nabi Sulaiman A.S yang disebut oleh mereka sebagai King Solomon, Bani Israel di Palestin berhadapan konflik dalaman. Rahba’am anak Nabi Sulaiman A.S dipilih untuk mewarisi takhta ayahnya untuk membawa Islam. Beliau disokong oleh Puak Yahouza dan Puak Bunyamin.

Namun, pelantikan beliau itu tidak dipersetujui oleh 10 puak yang lain lantas mereka melantik Yarba’am yang mengetuai pemberontakan tersebut. Yarba’am dan pengikutnya menyeru ke arah Sekular dan meninggalkan syariat. Lalu, terpecahlah Palestin menjadi dua, iaitu Utara dan Selatan

- Advertisement -

Rekod sejarah orang Yahudi dimusnahkan selepas terpecahnya Palestin menjadi Utara Kerajaan Israel yang dipimpin oleh Yarba’am dan Selatan Kerajaan Yahouza yang dipimpin oleh Rahba’am;

1. 721 SM: Serangan Sargon II, Raja Assyria menyerang Palestin Utara (Israel) dan menjajah kawasan itu.

2. 608 SM: Serangan Mesir terhadap Palestin Selatan (Yahouza) kemudian menjatuhkan Assyria di Utara. Utara dan Selatan dijajah oleh Mesir.

3. 606 SM: Nebuchadinezzar dari Babylon menyerang Israel (Palestin Utara) yang ketika itu di bawah jajahan Mesir.

4. 586 SM: Nebuchadinezzar merampas Palestin Selatan daripada Mesir dan menghapuskan Kerajaan Yahudi. Seterusnya membakar keseluruhan Bandar Jurusalem dan Haikal Sulaiman. Orang Yahudi ada yang melarikan diri keluar Palestin.

5. 538 SM: Babylon yang menguasai Palestin ketika itu dikalahkan oleh Parsi yang dipimpin oleh Cycrus II. Setelah menang, beliau membina semula Haikal Sulaiman, dan membenarkan orang Yahudi kembali ke Palestin. 

6. 330 SM: Alexender The Great (Yunani) menjajah Palestin dan Mesir, dan kemudiannya diwarisi oleh keturunan Ptolemy. Di sinilah Yahudi yang hanya tinggal sisa itu terpengaruh dengan gelombang Hellenistik (Falsafah Yunani).

7. 63 SM: Palestin diserang semula oleh Rom yang dipimpin oleh Pompeii, dan berjaya menjajah Jurusalem. Situasi ini berterusan sehinggalah kelahiran Nabi Isa A.S.

8. 70 M: Palestin digempur lagi oleh Titus (Rom) dan menghancurkan Jurusalem. Haikal Sulaiman yang dibina semula oleh Cycrus, dirobohkan semula. Dikatakan dalam peristiwa ini hampir 1 juta orang Yahudi telah dibunuh (holokus).

9. 135 M: Raja Rom, Adrianus menghancurkan lagi Jurusalem. Bahkan Kuil Jupiter dibina di atas runtuhan Haikal Sulaiman. Orang Yahudi dibunuh lagi, dan saki baki melarikan diri ke Mesir, Afrika Utara, atau ke Sepanyol dan Eropah.

Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan siapakah keturunan Yahudi yang masih original. Yang kelihatan hari ini hanyalah mereka yang bukan original Yahudi, sekadar beragama Yahudi. WaLlahua’lam.

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 13/6/2021

- Advertisement -