PKPD: Adun harap penduduk buat saringan Covid-19

- Advertisement -

TUMPAT: Penduduk Kampung Ketil memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila seramai 700 orang daripada 1,357 telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Adun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad berkata, kerjasama itu diberikan penduduk kampung berkenaan dalam Dunnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula dua hari lalu.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Ketil dalam Dun Pengkalan Kubor yang dikenakan sekatan PKPD semalam.

Terdahulu beliau menyerahkan sebanyak 600 bungkusan makanan keperluan asas kepada penduduk di Kampung Ketil.

Bantuan makanan itu mampu bertahan dalam tempoh tiga hari dan ia akan dijalankan sepanjang PKPD dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau turut menjangkakan baki penduduk di kawasan itu akan menjalankan ujian saringan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 1 di sini pada hari ini.

“Saya berharap semua penduduk di kawasan PKPD itu hadir menjalani ujian hari ini. Jika ada yang masih berdegil, kita akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

“Setakat ini, saya dapati penduduk memberi kerjasama yang baik apabila mereka pergi ke pusat saringan di SK Pengkalan Kubor 1 bermula Khamis lalu,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/6/2021

- Advertisement -