Timbalan Menteri bertindak pantas

- Advertisement -

SAYA dihubungi YB Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan pagi tadi, mengatakan ada aduan mengenai dakwaan sebuah kampung di dalam Parlimen Dungun tidak ada seorang pun yang telah divaksin.

Setelah mengambil maklumat dan sumbernya saya mulai meneliti dan bertindak menghubungi Pejabat YB Rantau Abang, untuk mencari maklumat tambahan dan pengesahan dakwaan.

- Advertisement -

Tujuannya untuk selaraskan tindakan seterusnya. Begitu juga saya menghubungi Pegawai Kesihatan Daerah Dungun untuk mengetahui situasi bagi pihak berwajib. Beliau memberi maklumat yang pantas akan keadaan semasa.

Hasil dari maklumat beberapa pihak, termasuklah dari pihak Pengerusi JPKK kampung tersebut yang memaklumkan maklumat yang dia ada setakat ini hanyalah lima orang sahaja telah disuntik Vaksin.

Perjalanan segera diambil, mengambil kira situasi semasa dan had-had kuasa terbatas yang ada kepada kami, sebab kami bukan menguruskan atau memutuskan senarai yang layak untuk mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin PPV.

Kami di Peringkat Parlimen Dungun di Bawah YB Ustaz Wan Hassan telah menggerakan pasukan untuk membantu kerajaan memberi kesedaran agar seluruh warga Dungun berdaftar dengan MySejahtera, sama ada isian maklumat on-line atau manual bagi mereka yang tiada akses MySejahtera.

Berbalik kepada apa yang berlaku hari ini, salah seorang pemuda di sebuah kampung di sini telah membuat naik komen pada di dalam siaran Facebook Timbalan Menteri Mosti, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, mengadu mengenai status di kampung beliau.

YB Timbalan Menteri terus menyalurkan maklumat untuk tindakan YB Ahli Parlimen kawasan ini (Dungun). Sepertimana yang disebutkan di atas sana, YB Ust Wan Hassan telah menubuhkan Jawatankuasa berkaitan kempen ini, kebetulan saya diberi amanah sebagai Pengarah Kempen bertindak selaku penyeleras tindakan.

Atas maklumat itulah kami bertindak. Sebelum PKP 3.0 kami telah segera menaikkan Banner di Billbord terpilih sekitar Dungun, banner dan banting di setiap Masjid dalam Daerah Dungun.

Menjalinkan kerjasama dengan beberapa NGO bagi membantu menjayakan kempen ini khasnya di kawasan pedalaman dan tanah rancangan FELDA. Namun apabila PKP 3.0 bermula gerak kerja di lapangan terbatas dan tertangguh.

Sasaran kita ialah mereka yang tidak ada akses MySejahtera terutama di pedalaman atau ceruk kampung terutama kampung-kampung sebelah Hulu Dungun. Pun begitu kami tidak mengabaikan kampung ataupun penempatan di pinggir bandar.

Kisah seorang pemuda dalam kes hari ini wajar diberi perhatian dan diucapkan terima kasih. Kesedaran beliau sangat tinggi dan kebimbangan beliau terhadap warga emas khasnya di kampung beliau.

Jika ramai orang mulai sedar keperluan mendapatkan vaksin dengan berdaftar segera, ini mampu membantu urusan kita untuk hadapi penularan covid dan vaksinasi covid dapat berjalan lancar dan mengikut perancangan kerajaan.

Komen dari pemuda ini pula mendapat perhatian segera dari YB Timbalan Menteri Datuk Hj Ahmad Amzad dan bersegera bertindak. Satu perkara yang diluar jangkaan kita.

Kesungguhan beliau di Kementerian dapat dirasakan. Sanggup ‘camek’, ambil tahu sampai diceruk kampung halaman. Mungkin orang kata ini bukan kerja seorang Timbalan Menteri.

Itu kata orang, tapi tidak kepada Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim. Dibuktikan apa yang berlaku hari ini. Kami di bawah ini rasa terpanggil, bersemangat untuk terus membantu kerajaan, kata orang Terengganu “malu kediri” setara tu Timbalan Menteri Camek Habis ke dalam kampung untuk pastikan kita divaksin.

Sekian Catatan
NARAZA MUDA
Pengarah Jawatankuasa Kempen Vaksinasi Covid-19 Parlimen Dungun
12 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 12/6/2021

- Advertisement -