PAS Langkawi bantu keluarga terkesan PKP 3.0

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

LANGKAWI: PAS Kawasan Langkawi menghulurkan bantuan kepada 29 keluarga yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semalam.

Sebanyak 11 keluarga dikuarantin di rumah manakala selebihnya terputus mata pencarian akibat pelaksanaan PKP.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS kawasan, Zubir Ahmad berkata, agihan bantuan barangan keperluan harian itu diserta anggota Angkatan Pertahanan Awam (APAM) Langkawi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) yang terlibat.

“Insya-Allah pihak kami akan terus cuba melakukan yang terbaik untuk membantu kepada golongan yang memerlukan terutama pada waktu suasana sukar sebegini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama JPKK Penarak, Kisap, Bendang Batu dan Kampung Seberang yang membantu melancarkan program itu.

Zubir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang dan dermawan yang sudi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Saya mewakili PAS Langkawi mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan insya-Allah bantuan akan terus diagihkan dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama beliau menasihatkan penduduk pulau lagenda itu agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan segera mendaftar sebagai penerima vaksin sekiranya belum berbuat demikian. – HARAKAHDAILY 12/6/2021

- Advertisement -