SPM 2020: GPN 4.80 terbaik dalam tempoh lima tahun

Datuk Dr Radzi Jidin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang adalah lebih baik berbanding 2019, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Beliau berkata, Gred Purata Nasional (GPN) tahun 2020 adalah 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

- Advertisement -

Menurutnya, pencapaian GPN tahun 2020 itu adalah terbaik dalam tempoh lima tahun.

“Trend GPN untuk 2016 hingga 2020 menunjukkan, tahun 2020 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang diadakan secara maya hari ini.

Pencapaian pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

Slip keputusan rasmi boleh dimuat turun mulai 14 Jun sementara sijil SPM mula diedar secara berperingkat pada 10 Julai, katanya. 

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan mengumumkan seramai 9,411 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah bermula jam 10 pagi ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini memaklumkan cara pertama dengan kaedah dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Kedua,menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Kesemua perkhidmatan itu diaktifkan mulai jam 10 pagi hari ini sehingga jam 6 petang 17 Jun.

Bagaimanapun, bagi calon sekolah tidak mempunyai capaian Internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan kenal pasti calon persendirian tersebut dan maklumkan kaedah sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan. – HARAKAHDAILY 10/6/2021

- Advertisement -