Institusi Raja, rakyat jelata asas keutuhan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat perlu bersama-sama menjaga asas kepada keutuhan negara ini iaitu Institusi Raja dan rakyat jelata.

“Kita pertahankan, kekalkan jalinan ini. Pelihara warisan datuk nenek moyang kita demi kesejahteraan negara,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim.

Menurutnya, semenjak negara merdeka pada tahun 1957, bahkan sebelum itu lagi, tanah bumi berkat ini penduduk asalnya didiami oleh orang Melayu dan ditadbir di bawah Raja-Raja Melayu.

- Advertisement -

Setelah itu, katanya kedudukan Raja-Raja Melayu diinstitusikan berada di bawah Institusi Beraja yang menjadi tiang seri kepada kedaulatan negara.

Tambahnya, tanah bumi berkat ini ada penduduk asalnya iaitu orang Melayu.

Ini, katanya sama juga negara-negara lain seperti India yang mana walaupun ada bangsa lain yang mendapat kerakyatan, namun tetap tanah bangsanya disebut milik orang India.

Beliau berkata, begitu juga Negara China yang asal bangsa peribuminya adalah orang Cina di mana keadaannya sama negara di seluruh dunia.

“Namun tanah bumi berkat ini dikongsi hidup bersama dengan rumpun bangsa yang berbeza. Hidup dengan harmoni di bawah payung Institusi Raja.

“Institusi Raja dan rakyat jelata yang berbilang kaum punyai asas jalinan yang kukuh dalam negara,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, hubungan Institusi Raja dan rakyat jelata terbina tanpa ada nilai prejudis, prasangka, iri hati apatah lagi meniupkan api kebencian terhadap institusi tertua dalam negara ini.

“Sebagai rakyat jelata yang berbilang kaum, berkongsi hidup secara harmoni di atas tanah bumi berkat ini, marilah sama-sama menjaga asas kepada keutuhan negara ini iaitu Institusi Raja dan rakyat jelata.

“Kita pertahankan, kekalkan jalinan ini. Pelihara warisan datuk nenek moyang kita demi kesejahteraan negara,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 9/6/2021

- Advertisement -