Tuan Guru dalam keadaan stabil – SU Akhbar

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) berada dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Malik turut menafikan khabar angin yang tular sejak kebelakangan ini mengenai kesihatan Abdul Hadi, yang antara lain mendakwa kononnya Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dan juga Ahli Parlimen Marang itu sedang sakit dan sudah tidak berupaya menguruskan hal parti.

- Advertisement -

“Tidak betul, ini fitnah. Tuan Guru (Abdul Hadi) dalam keadaan stabil. Saya nasihatkan segala maklumat berkenaan kesihatan Tuan Guru boleh dirujuk kepada kenyataan rasmi di Facebook Tuan Guru,” katanya.

Ahad lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi berkata bapanya telah dimasukkan ke IJN sejak beberapa hari lalu, selepas mengadu kurang sihat. – BERNAMA

- Advertisement -