PKPD: PAS Pulau Pinang sumbang bakul makanan

- Advertisement -

BAYAN LEPAS: PAS Pulau Pinang menyumbang 100 bakul makanan kepada mereka yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Bayan Lepas, semalam.

Sumbangan telah diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff kepada Ketua PAS Cawangan Padang Assam, Shamsul Shamsudin.

- Advertisement -

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya 2, Norazman Ishak, ADUN Penaga; Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, dan Naib Ketua Pemuda; Mohd Farhan Yusri.

Menurut Ustaz Fauzi, mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri bersetuju dana yang dikutip daripada Tabung Bencana Covid Negeri untuk disumbang 100 bakul makanan kepada mereka yang berada di kawasan PKPD.

Beliau juga menyarankan kepada mereka yang mampu untuk turut menyalurkan sumbangan kepada lebih 2,300 keluarga dan dianggar lebih 10,000 orang yang berada dalam kawasan PKPD.

Ustaz Yusni yang melawat Pusat Khidmat Operasi Bencana (PKOB) menyatakan kesediaan ahli Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang untuk membantu.

”Kita melihat kesusahan mereka yang bertugas di sini dengan penuh dedikasi bersut PPE ketika panas, jadi kita menawarkan khidmat Jabatan Amal sekiranya diperlukan di PKOB,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/6/2021

- Advertisement -