Kekasaran Isreal ke atas wartawan di Baitulmaqdis semakin meningkat

BAITULMAQDIS: Sejak beberapa bulan terakhir, semakin banyak kekasaran dilakukan oleh pasukan keselamatan Israel terhadap wartawan yang membuat liputan peristiwa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, menurut Anadolu.

Polis Israel baru-baru ini menangkap wartawan Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, Givara al-Budeiri dan aktivis Palestin, Muna al-Kurd.

Advertisement

Ketegangan bermula di wilayah itu pada akhir April dengan serangan pasukan keselamatan Israel di Masjid Al-Aqsa. Ia kemudiannya meningkat menjadi kekerasan di Tebing Barat yang diduduki dan kawasan yang dihuni oleh Arab Israel, dan berubah menjadi operasi ketenteraan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang dikepung.

Wartawan yang membuat liputan mengenai tindakan keganasan di wilayah tersebut menjadi sasaran pasukan Israel. Petugas media diserang dengan peluru plastik, gas pemedih mata, bahkan ditahan.

Serangan Israel yang menyasarkan Gaza selama 11 hari berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei.

Menurut satu kenyataan oleh Kementerian Penerangan Palestin, pada Mei sahaja, berlaku 35 keganasan terhadap wartawan di Baitulmaqdis. – BERNAMA