Hero opera

- Advertisement -

APABILA diumumkan potongan untuk kakitangan awam bagi membantu tabung COVID-19 negara, ada pula yang jadi pembela. Apa yang lebih peliknya, kakitangan awam rasa berbangga kerana turut serta menyumbang untuk negara, yang bukan kakitangan pula yang menjerit.

Inilah malangnya apabila nak berpolitik tak toleh kiri dan kanan. Pantang nampak semua isu nak disambarnya. Potongan elaun kakitangan awam bukan perkara baru. Ia menjadi amalan apabila negara menghadapi musibah. Kakitangan awam juga bertanggungjawab membantu negara.

- Advertisement -

Paling saya pelik golongan yang membela kakitangan awam itulah yang masa berkuasa ingin mengurangkan bilangan kakitangan awam. Golongan itulah memotong elaun untuk para doktor dan petugas kesihatan. Golongan itulah yang bertempek kononnya kerajaan menghabiskan belanja besar untuk kakitangan awam. Golongan itu jugalah yang mengatakan tentera kita makan tidur tak ada kerja. 

Suka diingatkan bahawa lakonan itu tidak dapat menipu golongan kakitangan awam yang rata-ratanya bijak dan cerdik. Mereka sedar golongan yang kononnya kini menjadi hero adalah pelakon sinetron dan pelawak bermusim. Cukup untuk dilihat sebagai hiburan sambil makan ‘ring ring’.

Sumbangan yang diminta dari kakitangan awam itu sangat kecil jumlahnya. Jika kita lihat, jawatan setinggi 54 baru bernilai RM40. Golongan paling rendah penyumbang ini dalam gred 41 hanya RM10. Ia satu nisbah yang sangat kecil. Malah saya yakin kakitangan kerajaan ini ramai yang membuat kutipan tambahan yang diuruskan oleh persatuan kebajikan mereka.

Kepada hero-hero opera yang kononnya bersuara bagi pihak kakitangan awam, tak perlulah berlindung sebalik solekan tebal dan bunyian yang mengiringi persembahan kamu di pentas. Kami semua tahu siapa kamu. Solekan itupun sebenarnya cukup mengerikan andai tanpa muzik.

Saya juga ingin melihat siapakah ‘kakitangan awam’ yang rasa terbeban dengan sumbangan itu. Jika ada, sila komen di sini untuk saya bersama rakan rakan membantu menggantikan sumbangan itu jika benar kalian terbeban. Saya menanti kemunculan itu. Silakan.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 8/6/2021

- Advertisement -