Suntikan vaksin: Penduduk hadir melebihi sasaran

Foto daripada Facebook Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkesempatan turun ke Kampung Bahagia untuk menghadiri Program Outreach Suntik Vaksin, semalam.

- Advertisement -

Katanya, program itu anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai yang diadakan di Masjid Mukim Bahagia.

Menurutnya, seramai 400 orang yang berdaftar daripada Kampung Bahagia, Kampung Mambong dan kampung sekitar untuk program itu, namun kehadiran melebihi jumlah sasaran.

“Alhamdulillah, ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana ramai yang sudah sedar keperluan untuk mengambil suntikan vaksin,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesungguhan pihak PKD yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Hazura Mat Zubir dan HSIP yang ketuai oleh Timbalan Pengarah HISP, Dr Izhar Shah Aiseri dalam program itu.

“Tidak ketinggalan YB Hilmi Abdullah, Adun Guchil bersama pasukannya yang menjadi perantara kepada program ini, pasukan polis, pasukan bomba, Pejabat Tanah Kuala Krai serta Tok Ngulu Zul Bahagia dan semestinya masyarakat Kampung Bahagia, Kampung Mambong dan sekitarnya yang menjayakan program ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 7/6/2021

- Advertisement -