Dirgahayu Tuanku

MERAFAK sembah takzim Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Advertisement

Patik bagi pihak pimpinan dan seluruh ahli PAS mendoakan KDYMM Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi rakyat dengan hidayah dan Syariat Ilahi.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dirgahayu Tuanku.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
26 Syawal 1442 | 07 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 7/6/2021