MERAFAK Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Sembah Tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda pada Isnin, 26 Syawal 1442 Hijrah bersamaan 7 Jun 2021 Masihi.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memimpin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dengan taufik dan hidayah-Nya di atas singgahsana sebagai Ketua Negara yang menjadi simbol kedaulatan dan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, memayungi rakyat dan perpaduan negara dengan penuh kerukunan.
Patik mendoakan mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia, sentiasa diberi kesihatan berpanjangan di bawah rahmat Allah S.W.T.
“Menjunjung Kasih Tuanku”
“Merakyat Membangun Bersama Islam”
“Keberkatan- Kemakmuran-Kebajikan”

YAB. Dato’ Bentara Kanan
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Tarikh: Isnin, 26 Syawal 1442 | 07 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 7/6/2021