Muna Al Kurd ditahan polis zionis, beritahu ibu bapanya ‘jangan takut’

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI

REJIM zionis Israel sedang sedaya upaya cuba menutup agar berita berkenaan pengusiran penduduk Palestin di Syeikh Jaraah tidak diketahui dunia terutamanya umat dan Dunia Islam kerana tahu akan akibat dan reaksinya terhadap mereka.

Walaupun telah menyetujui gencatan senjata dengan Hamas dan mengetahui punca kebangkitan rakyat Palestin baru-baru ini adalah berpunca dari pengusiran penduduk Palestin di Syeikh Jarrah di Timur Baitul Maqdis, rejim zionis Israel langsung tidak mempedulikan malah terus bersikap zalim dan memperlakukan rakyat Palestin seperti hamba abdi dan binatang peliharaan mereka.

- Advertisement -

Hari ini dan semalam, polis rejim zionis Israel telah menangkap aktivis Palestin yang banyak mendedahkan kejahatan rejim zionis Israel berkaitan pengusiran di Syeikh Jarrah, Muna Al Kurd dan wartawan Al Jazeera yang banyak membuat liputan dan pendedahan berkenaan pengusiran penduduk Palestin di Syeikh Jarrah, Givari Budeiri.

Givari Budeiri telah dibebaskan setelah beberapa jam ditahan berikutan bantahan yang dikemukakan oleh banyak pihak terutamanya pihak media antarabangsa namun peralatan medianya dirampas dan dimusnahkan.

Beliau digari dan ditendang berkali-kali oleh polis rejim Israel sama ada ketika ditahan atau ketika di dalam kenderaan polis rejim zionis Israel dengan mata beliau ditutup.

Namun nasib Muna Al Kurd masih belum diketahui. Beliau ditahan di rumahnya di hadapan kedua-dua orang tuanya setelah polis rejim zionis Israel menyerbu kediamannya.

Polis regim zionis Israel juga menyerahkan waran tangkapan untuk menahan saudara kembarnya Muhammad Al Kurd kepada keluarganya.

Ketika ditahan Muna Al Kurd memberitahu ibu bapanya “jangan takut“ dan terus dibawa polis rejim Israel.

Sebahagian daripada rumah keluarga Muna Al Kurd telah diambil oleh pendatang haram yahudi sejak 2009 lagi dan setiap hari berdepan dengan provoksi, cacian dan dilakukan pelbagai cara untuk menghalau keluarga Al Kurd keluar dari rumah mereka.

Begitulah kejamnya rejim zionis Israel dan pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin.

Bermula dengan menumpang tanah penduduk Palestin akibat dari melarikan diri dari Eropah dsebabkan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka, akhirnya menjajah tanah air yang ditumpangi mereka malah lebih kejam dan zalim daripada apa yang dilakukan ke atas mereka dahulu.

Doakan kepada mereka agar diberikan kekuatan, keazaman dan kecekalan.

Semoga Palestin dan rakyatnya akan memperolehi kemenangan mutlak tidak lama lagi.
(Kredit: Al Jazeera} – HARAKAHDAILY 6/6/2021

Penulis ialah Pengerusi Sekeretariat Aid4Palestine.

- Advertisement -