Exco harap lebih ramai terima suntikan vaksin

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

PENDANG: Seramai 744 penduduk Pendang menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), di sini hari ini.

Exco Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman mengharapkan akan lebih ramai lagi akan menerima suntikan imunasasi itu dari semasa ke semasa.

- Advertisement -

“Alhamdulillah saya berpuas hati proses suntikan vaksin berjalan dengan baik dan teratur,” kata beliau ketika lawatannya ke lokasi berkenaan hari ini. Lawatan ke PPV itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Berikutan itu 150 buah kerusi dan 10 buah meja banquet disumbangkan selain dua buah komputer riba untuk membantu melancarkan proses vaksinasi itu.

“Sumbangan itu untuk kegunaan Pejabat Kesihatan Pendang untuk membantu melancarkan pendaftaran dan proses vaksinasi Covid-19 ini,” maklum beliau.

Justeru itu,  Adun Tokai itu juga menggesa orang ramai yang belum mendaftar untuk menerima suntikan agar segera berbuat demikian.

“Boleh mendaftar di aplikasi MySejahtera atau hubungi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun masing-masing untuk bantuan pendaftaran vaksin ini.

“Kepada yang sudah mendaftar, apabila dipanggil temujanji janganlah tidak hadir pula,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 6/6/2021

- Advertisement -