MB, Exco Perak turut sumbang 3 bulan gaji

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Perak memuji tindakan MB dan Exco Kerajaan Negeri Perak dan Perdana Menteri serta Kabinet Kerajaan Malaysia menyumbang 3 bulan gaji sebagai tanda kebersamaan bersama rakyat menghadapi COVID-19.

Tindakan ini wajar mendapat pujian dan dicontohi oleh ADUN Perak dan Ahli Parlimen Malaysia yang lain. Walaupun kewangan tersebut boleh disalurkan kepada kawasan mereka, namun sumbangan terus kepada Tabung Khas COVID ini menunjukkan tanda kebersamaan hadapi pandemik COVID-19.

- Advertisement -

Melalui kerajaan yang diterajui oleh PAS:

1. MB Kelantan telah menyumbang RM15,000 manakala Exco pula RM10,000 setiap seorang.

2. Kerajaan Terengganu, MB dan Exco menyumbang satu bulan gaji.

3. Kerajaan Kedah, semua ADUN PAS Kedah menyumbang 70 peratus daripada elaun bulana mereka.

Sumbangan dari pimpinan PAS ini tetap mereka teruskan walaupun sebelum ini telah menyumbang kepada rakyat Palestin. Alhamdulillah

Bukan itu sahaja, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali, penjawat awam turut menyatakan kebersamaan mereka dengan menyumbang sebahagian dari Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK) kepada Akaun Amanah Bencana.

Usaha-usaha ini menunjukkan bahawa kepimpinan negeri dan negara, samada dari jalur politik atau penjawat awam saat ini sangat prihatin kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan kepada negara Malaysia. Besar harapan kami juga, usaha kali ini kita berjaya perangi COVID-19 secara lebih serius dan berkesan.

MOHD HAFEZ SABRI,
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Perak – HARAKAHDAILY 5/6/2021

- Advertisement -