Kerajaan komited pastikan semua rakyat terus terbela

Photo by Mohd Jon Ramlan on Unsplash
- Advertisement -

PENGURUSAN krisis dan bencana bukanlah semudah ayat yang diperkata. Tiada krisis dan bencana sebesar Pandemik Covid-19 pernah dialami negara ini.

Pandemik ini memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi, perkembangan sektor kewangan dan perbankan, pengangguran dan kesihatan rakyat.

Malaysia pernah dilanda krisis keselamatan 13 Mei 1969, krisis kewangan, krisis ekonomi, JE, NIPAH, Bah Kuning dan berbagai krisis dan bencana lagi yang hanya memberi kesan kepada beberapa sektor dan wilayah, tidak menyeluruh seperti pendemik Covid-19.

Untuk menangani krisis pendemik ini, kerajaan telah menyediakan Pakej Bantuan dan Rangsangan Ekonomi bernilai RM40 billion mengandungi 12 inisiatif PEMERKASAplus (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan) bagi menangani krisis Covid-19.

- Advertisement -

Pakej ini adalah pakej tambahan kepada program negara sejak pendemik Covid-19 melanda negara. Keseluruhan pakej rangsangan yang telah diluluskan berjumlah RM340 billion.

Pakej ini diperkenal dengan tiga matlamat utama iaitu:

  1. Mempertingkat Kapasiti Kesihatan Awam (RM2 bilion)
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat (RM6 bilion)
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan (RM32 bilion)

Pakej RM40 billion ini akan berjalan serentak dengan baki RM100 billion yang telah diumum semasa PKP 1.0 dulu.

Ini menunjukkan betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan rakyat dalam semua kelompok akan terus terbela.

Pakej kali ini dimurnikan lagi dengan sumbangan kakitangan awam ke dalam Tabung Bencana Covid-19 melalui potongan elaun Imbuhan Tetap Keraian (ITK) walaupun mungkin ada
kakitangan awam yang tidak bersetuju elaun mereka dipotong.

Namun percayalah, sumbangan ini walaupun kecil jumlahnya (sekitar RM30 juta) ia besar maknanya kepada negara, kerana kakitangan awam turut prihatin dengan bencana ini.

Antara yang menarik perhatian bantuan PEMERKASA Plus ialah bantuan BPR berjumlah RM7.2 billion (RM2.7 bilion untuk bulan Mei, RM2.1 bilion untuk bulan Jun dan RM2.4 bilion untuk bulan September) akan terus masuk ke dalam akaun penerima dan boleh dibelanjakan untuk merancakkan kitaran ekonomi.

Selain dari itu, 14,000 jawatan berkaitan kesihatan akan membolehkan membuka peluang pekerjaan.

Ia ditambah lagi dengan pelan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan melalui Program Subsidi Upah, Insentif Penggajian & Program Latihan.

Insentif ini akan membantu merancakkan pertumbuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang akan secara langsung menyumbang kepada KDNK dan merancakkan kitaran wang di pasaran.

Aset-aset kerajaan akan diguna untuk mengangkut penerima vaksin ke PPV untuk mencapai 70% rakyat diberivaksin.

Ini sudah tentu ia akan memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara apabila semua sektor ekonomi akan boleh beroperasi seperti sebelum pendemik.

Prof.Dr. Mohd. Fuad bin Mohd Salleh - STIE Nobel Indonesia

Kekhuatiran kehilangan 2.48 billion sehari (yang sebenarnya adalah ‘kehilangan’ KDNK) juga dapat dihindari.

Lebih menggembirakan lagi ialah program moratorium bersasar yang diumumkan akan melegakan lebih 5 juta peminjam kerana sebahagian besar daripada mereka adalah dalam kalangan yang terjejas teruk akibat pandemik ini kerana pengurangan gaji atau kehilangan pekerjaan.

DR MOHD FUAD MOHD SALLEH
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
20 Syawal 1442/1 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 5/6/2021

- Advertisement -