Sumbangan keperluan hargai ‘frontliners’ di HOSHAS

- Advertisement -

TEMERLOH: Tanggungjawab dan pengorbanan anggota barisan hadapan negara atau ‘frontliners’ dalam melaksanakan tugas ketika ini merupakan jasa terlalu besar demi kepentingan awam dan negara.

- Advertisement -

Tanpa rehat dan sanjungan, mereka sejak lebih setahun telah berkhidmat bertungkus-lumus berjuang bagi menjamin kepentingan nyawa dan ekonomi khususnya dapat terjaga dengan sebaik mungkin.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh dalam bersolidariti dan sebagai menyatakan penghargaan atas semua itu telah menyampaikan sumbangan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

Inisiatif melalui Jabatan Seni, Budaya dan Sukan itu telah membolehkan keperluan seperti air mineral, minuman segera, biskut, mi segera, alatan kebersihan diri dan kipas angin dibeli dan disumbangkan.

Ianya hasil kutipan derma dari pelbagai pihak yang mahu turut menzahirkan sokongan kepada para anggota barisan hadapan di hospital tersebut dipimpin Pengarah DACS Temerloh, Mohd Azizul Hakimi Hassan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pasukan DACS Temerloh FC, Irmas Masri kepada wakil anggota bertugas yang langsung dihantar ke HOSHAS, semalam.

“Kami mendapat makluman daripada staf HOSHAS bahawa mereka memerlukan beberapa barangan keperluan seperti air mineral. Jadi DACS telah melancarkan kutipan segera dan alhamdulillah hasil sumbangan yang diterima telah membolehkan kami membeli barangan keperluan yang diperlukan,” ujar Azizul. – HARAKAHDAILY 4/6/2021

- Advertisement -