Polis sahkan remaja perempuan hilang di Shah Alam

- Advertisement -

SHAH ALAM: Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Seksyen 7 di sini, yang ditularkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata laporan kehilangan Nur Elida Mohd Rushdan, 15, dibuat oleh bapa remaja itu Mohd Rushdan Mohamad Yusof, sehari selepas kejadian pada Isnin lepas.

- Advertisement -

“Nur Elida telah keluar rumah pada 31 Mei 2021 tetapi tidak pulang ke rumah hingga tarikh laporan polis dibuat (1 Jun).

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi laman Instagram sk8msia yang tular dan menamakan adik Nur Elida sebagai sumber, remaja itu didakwa bermain papan selaju di kawasan taman rekreasi berhampiran rumahnya sebelum disedari hilang.

Adik Nur Elida yang mencarinya di lokasi itu pada kira-kira 10 malam, hanya menemukan sarung tangan dan topi keledar dipercayai milik remaja tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Elida diminta menghubungi Mohd Rushdan di talian 012-5064514. – BERNAMA

- Advertisement -