Perkembangan terkini siasatan insiden tren LRT

- Advertisement -

JAWATANKUASA Siasatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia ingin memaklumkan beberapa perkara kepada orang ramai berhubung perkembangan terkini siasatan insiden pelanggaran tren LRT yang berlaku pada 24 Mei 2021 lalu.

Tujuan penyiasatan menjurus kepada mengenalpasti hal keadaan dan punca sebenar perlanggaran tren 40 dan tren 81 di antara Stesen KLCC dan Kampung Baru (arah Selatan) bagi mengelakkan insiden sama berlaku di masa hadapan. Penyiasatan yang dijalankan ini tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti mana-mana pihak.

- Advertisement -

Laporan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 9 Jun 2021 serta mengemukakan cadangan-cadangan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam seterusnya mencegah kejadian serupa berulang.

Dalam menjalankan siasatan ini, Jawatankuasa Siasatan telah melaksanakan beberapa perkara termasuk menyemak prosedur operasi standard (SOP), Manual Operasi, ‘Rule Book’ dan dokumen-dokumen panduan operasi yang berkaitan.

Data yang dikumpul dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), temu siasat bersama pihak berkaitan serta perbincangan teknikal lain yang berkaitan bersama pembekal teknologi turut terangkum dalam laporan ini.

Bagi mendapatkan gambaran kejadian dengan lebih jelas, satu lawatan telah diadakan ke pusat kawalan operasi (OCC) LRT Kelana Jaya di Lembah Subang pada 1 Jun 2021, diikuti dengan sesi simulasi kemalangan di tempat kejadian oleh pihak Prasarana Malaysia Bhd pada hari sama.

Jawatankuasa Siasatan segera ditubuhkan selepas berlakunya insiden tersebut dan diberi masa 14 hari bermula 25 Mei 2021 untuk melengkapkan siasatan seterusnya membentangkan kepada Kabinet.

Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada sembilan (9) orang ahli ini segera mengumpulkan segala dokumen, data dan maklumat berkaitan aspek teknikal dan keselamatan yang melibatkan kemalangan tersebut. Susulan daripada itu, beberapa siri mesyuarat penyelarasan turut diadakan.

Kerajaan akan terus mencari jalan penyelesaian dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna pengangkutan awam yang sentiasa menjadi keutamaan.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia
3 Jun 2021

Update On Investigation Into 24 May LRT Incident By Ministry Of Transport Special Committee

As an update to the public on the investigation into the tragic incident that occurred on 24 May 2021, the special investigation committee headed by the Ministry’s Secretary General wishes to inform on several points.

This investigation seeks to determine the contributing factors that led to the unfortunate incident between trains 40 and 81 between the KLCC and Kampung Baru LRT stations (southbound). It is not for the purpose of apportioning blame or liability on any party. 

A report will be submitted for the following Cabinet Meeting on 9 June 2021 with recommendations towards improving public transport safety and to prevent a similar incident. 

During the course of its investigation, the Committee had examined various aspects of operations by reviewing the standard operation procedures (SOP), operating manual, rule book, and other related guiding documents. 

Data collected from the closed-circuit television (CCTV) recordings, interviews with persons involved with operations, and technical discussions with technology suppliers have formed the bulk of the report. 

This report is informed by a visit to the Kelana Jaya LRT’s operation control centre located in Lembah Subang, Selangor on 1 June 2021 by the committee members. A collision simulation session to give further insight into the incident was also held by Prasarana Malaysia Bhd on the same day.

The decision to form the Investigation Committee was made immediately after the incident and was given 14 days from 25 May 2021 to complete the investigation and inform the Cabinet. 

The nine-person committee had immediately begun collecting all documents, data, and other related information on safety and technical operations and has held several meetings to review and examine that information.

It is the Government’s intention to continuously find ways and means to improve the safety of public transport for users as a paramount priority

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
Minister Of Transport
3 June 2021 – HARAKAHDAILY 3/6/2021

- Advertisement -