MITI tingkat sistem keselamatan elak CIMS 3.0 dibolos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jemaah menteri Perikatan Nasional (PN) membuat sesuatu keputusan secara kolektif, di mana memperlihatkan mereka bekerja dalam satu pasukan.

Begitu juga berkaitan dengan pandemik Covid-19 sentiasa dibincang dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mesyuarat lain yang melibatkan jemaah menteri.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, anggota kabinet bekerja dalam satu pasukan dan membuat setiap keputusan secara kolektif.

- Advertisement -

Kata beliau prinsip itu sentiasa dipegang dengan didukungi semua jemaah menteri di mana mereka memain peranan secara efektif.

Katanya sokongan padu itu bagi memastikan penularan Covid-19 dapat ditangani bersama.

“Malah kita ada dua jurucakap kerajaan iaitu Dato’ Seri Ismail Sabri berkaitan isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai kesihatan.

“Jemaah menteri memberi dukungan kepada mereka bagi menggalas tanggungjawab yang besar dalam menangani Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Menurut laporan beberapa portal berita perkara itu dibangkit Azmin pada Taklimat Media Mengenai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang menjadi sebutan ramai selepas pelaksanaan PKP 3.0.

Malah rakyat negara ini sedia maklum Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno diberi peranan penting dalam usaha menangani pandemik Covid-19 sejak awal tahun lepas, selepas PN mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Menurut Sinar Harian Azmin memberitahu MITI akan meningkatkan sistem keselamatan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 bagi memastikan ia tidak dibolosi.

Antara langkah MITI memperkasakan kerjasama dengan Cyber Security Malaysia (CSM) termasuk pakar-pakar teknologi maklumat (IT).

Sebelum ini terdapat aduan di mana ada pihak mendakwa CIMS 3.0 dibolosi sehingga ada syarikat yang berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan
dikatakan mendapat kelulusan beroperasi.

Malah Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainuddin ketika operasi pematuhan SOP semalam mendapati ada syarikat yang menyebut dalam permohonan berbeza dengan operasi sebenar.

Beliau juga memberi amaran kepada syarikat terbabit kerana bukan berada dalam kategori sector yang dibenarkan beroperasi.

Oleh itu kata Azmin MITI melalui unit penguatkuasaan dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0

Bagi memperlihatkan sikap telus, MITI terbuka menerima sebarang aduan atau kritikan mengenai sistem CIMS 3.0 demi menjamin ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan sistem tersebut.

Sebelum ini viral di media sosial berkaitan hantaran dibuat Ismail Sabri “saya dah tutup pintu depan tapi…”,.

Berikutan cacatan pelbagai pihak membuat bermacam-macam andaian dalam usaha meletak kesalahan terhadap MITI. – HARAKAHDAILY 3/6/2021

- Advertisement -