Pesakit Covid-19 diminta mengucap, ‘video call’ keluarga sebelum ditidurkan

Foto daripada Facebook Shahrin Sahbudin.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang pesakit Covid-19 yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan.

“Prosedur sebelum ditidurkan, kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call sahaja…mungkin itulah salam terakhir pada keluarga…,” ujar Shahrin Sahbudin dalam hantaran di Facebooknya, semalam. Hantaran itu turut dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Facebooknya, hari ini.

- Advertisement -

“Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit Covid aku. Moga ditempatkan bersama para solihin,” katanya lagi.

Tambahnya, ‘pemergian’ ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri.

“Mati tu pasti… Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali,” ujarnya yang turut berkongsi dua foto mengenai situasi itu.

Sementara itu, menerusi hantaran hari ini, Shahrin memohon maaf jika post beliau sebelum ini ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Menurutnya, maksud ‘tidurkan’ pesakit adalah procedure intubation sebab pesakit Covid-19 stage akhir memerlukan bantuan alat pernafasan untuk bernafas.

“Kenapa perlu mengucap dua kalimah syahadah sebab pesakit bagaikan bertarung nyawa…

“Apapun kami cuba sedaya upaya untuk setiap pesakit sihat dan kembali bersama keluarga tersayang, cuma ada masa Allah lebih sayangkan pesakit,” ujarnya yang bertugas di Hospital Sungai Buloh. – HARAKAHDAILY 2/6/2021

- Advertisement -