Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun.

Berita mengenai kematian itu dimaklumkan Limkokwing University melalui satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

“Dengan rasa sedih yang mendalam kami ingin memaklumkan pemergian Prof Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, Presiden Pengasas kami.

“Seorang yang berwawasan, karier Tan Sri sinonim dengan kreativiti dan beliau membantu membangunkan dan memperkasa pendidikan inovatif di peringkat global, khususnya di negara membangun.

“Kami merasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang diberikan oleh banyak pihak, dan kami memohon privasi ketika meratapi pemergian seorang lelaki yang sangat kami banggakan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tokoh perniagaan itu dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya. – BERNAMA

- Advertisement -