Elak stigma, WHO namakan varian Covid-19 dengan huruf Greek

- Advertisement -

GENEVA: Varian Covid-19 yang sebelum ini dilabel dengan nama saintifiknya kini akan dinamakan semula dengan huruf Greek, lapor Xinhua, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Nama saintifik varian Covid-19 sering sukar disebut, tidak dapat diingat dan boleh menimbulkan masalah salah lapor, kata WHO dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Menurut kenyataan itu ramai orang menggunakan nama negara tempat varian pertama kali dikenal pasti, ia kaedah mudah untuk perbincangan harian namun menimbulkan stigma terhadap penduduk negara terbabit.

Sebagai contoh, varian B117 sering dikaitkan sebagai “varian British” kerana kesukaran mengingat namanya yang tepat, sekarang ia akan dikenali “varian Alpha”.

Nama sedia ada yang diberikan oleh Global Initiative on Sharing All Influenza Data, Nextstrain dan Pango, masih wujud dan diterima, ia tetap akan digunakan saintis dalam penyelidikan mereka.

WHO menggesa kerajaan, media dan masyarakat awam untuk menggunakan sistem baharu dan tidak lagi menggunakan nama saintifik dan negara varian pertama dikesan dalam komunikasi mereka. – BERNAMA

- Advertisement -