Mufti Perak kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, baharu sahaja meninggal dunia.

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu sahaja meninggal dunia,” ujar Jabatan Mufti Negeri Perak, ringkas.

Sebelum ini, beliau menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu. – HARAKAHDAILY 30/5/2021

- Advertisement -