Takziah mangsa kemalangan LRT – Dr Khairudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa terlibat dalam kemalangan Tren Transit Aliran Ringan (LRT) berdekatan Stesen LRT KLCC, semalam.

- Advertisement -

Perlanggaran membabitkan dua buah LRT itu dilaporkan membawa seramai 213 penumpang dan mengakibat 47 mangsa dikejarkan ke hospital, manakala 166 mangsa lagi mengalami kecederaan ringan.

Khairuddin menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

Difahamkan, kecederaan yang dialami adalah kesan daripada perlanggaran antara dua buah tren yang mengakibatkan para penumpang terpelanting dan terjatuh.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, mengesahkan kemalangan itu membabitkan perkhidmatan tren LRT bernombor 40 dan 81.

Tren berkenaan dimaklumkan dalam perjalanan dari Gombak, kemudian dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, kerajaan telah mengarahkan siasatan penuh terhadap kejadian tersebut.

“Doakan negara kita sentiasa terselamat daripada sebarang mara bahaya,” katanya. – HARAKAHDAILY 25 /5/2021

- Advertisement -