Self-lockdown: Langkah terbaik kawal jangkitan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus melahirkan rasa dukacita dan kerisauan berhubung perkembangan terkini kes jangkitan di negeri itu.

- Advertisement -

Jelasnya, Selangor mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi berbanding negeri-negeri di seluruh negara iaitu terkini sebanyak 2,642 kes baharu hari ini.

“Hampir saban hari perkhabaran saudara-saudara, ahli keluarga, rakan sepejabat, ahli qaryah masjid dan semua di sekeliling kejiranan yang positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, selain usaha dari pihak kerajaan, menjadi tanggungjawab bersama sebagai rakyat Selangor untuk turut membantu memerangi penularan wabak Covid-19 dengan melaksanakan kawalan kendiri atau self-lockdown.

Tambahnya, self-lockdown berpotensi menjadi kaedah pencegahan dan pemutus perebakan Covid-19 terbaik ketika ini selain doa sebagai senjata utama demi melindungi masyarakat, keluarga dan juga diri sendiri.

Mengulas berhubung kes harian yang sudahpun mencecah angka 7,000, katanya ia sangat mudah untuk Covid-19 menjangkiti orang ramai melalui komuniti.

Bahkan katanya, terdapat juga kemungkinan ada yang positif, tanpa sebarang gejala dalam kalangan yang rakyat Malaysia sekiranya disaring.

“Kempen suntikan vaksin perlu diperhebatkan dan vaksinasi ini diharapkan meningkatkan immuniti kepada jangkitan Covid-19.

“Namun tidak menghalang kemungkinan jangkitan kepada kita merebakkan kepada orang lain,” katanya.

Selain itu tambah Ahmad Yunus, prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakkan juga antara kaedah memutuskan rantaian jangkitan. – HARAKAHDAILY 25/5/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!