Vaksinasi: Ramai setuju tetapi tidak daftar

Datuk Dr Zaini Hussin
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan masih lagi mencatat kadar pendaftaran program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) rendah kerana tahap kesedaran belum menyeluruh.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dato’ Dr Zaini Hussin berkata, walau pun peratus bersetuju program vaksinasi sebanyak 83 peratus, namun mereka tidak mendaftar seperti sepatutnya.

- Advertisement -

Menurutnya, lebih menyedihkan seramai 9,395 individu penerima vaksin tidak hadir mendapatkan suntikan sehingga Sabtu lalu.

“Kalau dilihat pendaftaran melalui MySejahtera untuk vaksinasi di Kelantan masih terlalu rendah iaitu kira-kira 340,000 orang sahaja.

“Kita berharap rakyat Kelantan mengambil tindakan segera untuk mendaftar vaksinasi tersebut sebagai usaha bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” ujarnya di sini semalam.

Menurutnya juga dijangka pada bulan Jun ini Kelantan akan mendapat bekalan vaksin yang lebih tinggi.

Untuk itu katanya, pihaknya akan menggerakkan PICK yang sedia ada di samping menyediakan tempat baharu (PICK) bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat vaksin.

“Bagaimanapun mereka mestilah terlebih dahulu kena daftar dengan melalui MySejahtera,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan rakyat di negeri itu menghadiri jadual vaksinasi sebagaimana yang ditetapkan bagi mengelak pembaziran dos vaksin Covid-19. – HARAKAHDAILY 24/5/2021

- Advertisement -