Kita menjadi sebahagian punca krisis air?

- Advertisement -

SEBELUM kita nak menyalahkan orang cuba kita lihat komitmen sendiri dalam lingkungan pengaruh kita. Kita lihat diri kita, keluarga kita, kejiranan kita, kawasan kita, daerah kita, negeri kita dan negara kita. Memang kita selalu cenderung guna perkataan aku dan engkau. Mencari salah orang senang, mencari salah sendiri susah.

Saya melalui NGO dalam isu alam sekitar di Pulau Pinang, ketika mana ramai di kalangan kita tak peduli akan pencemaran yang dibuat oleh PBAPP, pada ketika yang yang sama kami menyedari bahawa setiap kita sebagai rakyat Pulau Pinang adalah punca pencemaran tersebut.

- Advertisement -

Kenapa saya cakap begitu? Sebab penggunaan domestik per kapita (Domestic Consumption Per Capita) adalah paling tinggi di Malaysia iaitu 281 liter (L) setiap hari setiap orang. Kadar penggunaan peringkat nasional kita hanya 219 L setiap seorang setiap harian.

Kalau ikut rekomendasi daripada bijak pandai air adalah 160 L setiap seorang setiap harian sahaja. Sebenarnya kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air telah meletakkan sasaran untuk mencapai 180 L setiap seorang setiap harian pada tahun 2025.

Ini komitmen kita semua sebagai rakyat Malaysia perlu sahut. Kita sibuk bincang hal orang lain di luar sempadan pengaruh kita. Kita bincang mengenai negeri orang, kawasan orang, keluarga orang dan diri orang.

Bagaimana dengan diri kita? Apa komitmen kita untuk capai angka 180 L seorang sehari pada 2025. Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) sebagai NGO peringkat Negeri Pulau Pinang sudah tentu akan fokus hal Pulau Pinang.

Kita sebagai rakyat Pulau Pinang, mentang-mentang air murah akhirnya kita lah paling boros dalam menggunakan air. Frankly speaking, ini hakikat dan kenyataan!

Pembangunan Kerajaan Negeri pun sama. Projek Penang South Reclaimation (PSR) adalah contoh projek mengarut yang akan mencipta permintaan (‘demand’) air yang akan menyebabkan Pulau Pinang terus juara boros air untuk projek yang akhirnya menjejaskan alam sekitar, mencemarkan laut dan mengikis sumber perikanan kita.

Akhirnya PBAPP terpaksa membuat produksi air lebih banyak bagi memenuhi permintaan domestik kita. Di samping itu, terdapat kelemahan dan kegagalan PBAPP dalam mengurus sisa selepas proses rawatan air yang dibuang ke dalam saliran air dan sungai.

Apa dah jadi ini? Banyaknya silap yang kita sendiri perlu perbetulkan. Wake up Penangites! Selain itu, Projek Lebuhraya 6 laluan Pan Island Link 1 (PIL1) bakal meletakan jajaran tiangnya berdekatan 3 water intake untuk Loji Rawatan Air Itam. Ramai orang tak peduli mengenai projek yang berisiko gangguan air Pulau Pinang ini. CEO PBAPP tak mengaum sangat dengan projek PIL1 ini. Pelik tapi benar.

Di samping itu, kisah pencemaran Sungai Kereh dan Sungai Merbau Kudong adalah ironi sebagai hipokrasi di sebalik usaha air bersih yang diusahakan Kerajaan Negeri. Apa makna kalau Kerajaan Negeri membiarkan Sungai Kereh dan Sungai Merbau Kudong terus dicemarkan sendiri oleh aktiviti industri yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

Kes PBAPP membuang sludge ke dalam Sungai Merbau Kudong paling ironi. Merawat air sambil merosakkan badan air. Memalukan !

Kes Kerajaan Negeri tak mahu menurunkan produksi babi sehingga kadar sara diri 265 peratus (Self Sufficient Rate– SSR) yang melebihi keperluan Pulau Pinang dan melebihi daya tampung sungai (River Carrying Capacity) bagi Sungai Kereh.

Apakah perkara ini kita harus kunci mulut?! Lagi memalukan jika yang ada pengetahuan tinggi dengan CV yang hebat pun turut kunci mulut? Apa makna ilmu yang kita ada kalau hanya untuk mengipas? Itulah sikap kita! Daripada orang politik yang suka buat janji popular air murah demi rakyat kononnya, masyarakat terus selesa membazir air kerana air murah dan pentadbir negeri yang seolah-olah memberi lesen untuk mencemar badan air demi semata-mata untuk kepentingan sebelah pihak untuk industri, namun akhirnya penduduk sekitar sungai terjejas dengan pencemaran dan banjir. Sungai Perai dan hidupan airnya terus menangis. Ini belum bicara soal Sungai Pinang, Sungai Juru dan Sungai Jawi. 

Kita leka dan tak serius untuk menilai pembangunan yang berisiko menjejaskan sekuriti air dalam negeri kita sendiri. Bahkan dalam bulatan pengaruh untuk menegur pentadbir negeri kita, tapi kenapa kita diam!

Paling malu bila dengan tanpa segan silu untuk justify bahawa projek PIL1 sebagai ‘pembangunan’ tanpa membuat muhasabah secara cermat. Apa dah jadi dengan ‘common sense’ kita masyarakat Pulau Pinang? Apakah kita telan buat-buat kata-kata pelobi yang ada kepentingan projek PIL1?

Hanya dengan mereka berkata ‘ini pembangunan’. Saya menyeru masyarakat Pulau Pinang yang bijak pandai buka mata luas-luas. Kita wajar sedar kelemahan yang ada dalam lingkungan kita.

Banyak perkara bermula daripada kita. Kitalah yang harus perbetulkan. Kita sibuk akan kelemahan orang takkan membuatkan masalah kita selesai. Semoga kita lebih aktif memperbaiki kelemahan kita.

ZIKRULLAH ISMAIL 

Post script: Jangan syok dan lupa diri sangat ya masyarakat bukan Penang yang baca posting ini. Kurang-kurang Pulau Pinang tak kena menjinjing baldi lagi, tapi kempen dan kesedaran begini telah kami mulakan. Negeri hangpa pun ada masalah air tersendiri, cuba la buka mata juga ya… – HARAKAHDAILY 24/5/2021

- Advertisement -