Zionis Israel biadab samakan pengeboman dengan Surah Al-Fil

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Zionis Israel sekali lagi bertindak biadab terhadap umat Islam dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam saat ini terutamanya di Asia Barat, kata Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine itu, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, ini apabila akaun Twitter milik Kementerian Luar Negara Israel yang berbahasa Arab Israel Arabic seolah-olah seperti mempermainkan Al-Quran dengan membandingkan pengeboman di Gaza dengan Surah Al-Fil.

- Advertisement -

Beliau berkata, dalam akaun Twitter terbabit, diletakkan gambar pengeboman di Semenanjung Gaza dengan tulisan Surah Al-Fil seperti mempermainkan Al-Quran mahupun seperti mahu menjustifikasikan pengeboman rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan Surah Al-Fil.

Surah Al Fil menceritakan Abrahah, seorang Raja Yaman yang mengetuai angkatan tentera bergajah menuju ke Mekah untuk memusnahkan Kaabah tetapi dalam perjalanannya ke sana, tentera beliau diserang oleh sekumpulan burung Ababil yang melontar batu-batu dari api neraka ke atas tenteranya termasuk beliau sendiri.

“Tidakkah ini satu provokasi terhadap Islam dengan mempermainkan Al-Quran dan seperti mempermainkan nyawa rakyat Palestin?” tanya beliau dalam satu hantaran di laman Facebooknya, malam ini.

Adun Batu Buruk itu menambah, setelah menerima kecaman dan kutukan, ciapan Twitter tersebut dipercayai telah dipadamkan oleh pemiliknya.

“Ayuh kita sokong dan doakan kemenangan Palestin serta doakan agar Palestin dan rakyatnya selamat dari penindasan, kezaliman dan pengeboman rejim zionis Israel,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/5/2021

- Advertisement -