Audio ‘Ini saya hendak update…’ palsu – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan mengenai satu audio palsu berdurasi selama 3 minit 12 saat disebar menerusi WhatsApp dengan dimulai dengan ayat: “Ini saya hendak update daripada saya punya kawan…”

- Advertisement -

“Mesej dalam audio ini adalah palsu dan tidak benar,” ujar KKM dalam satu hantaran di laman Facebooknya, malam ini.

Sehubungan itu, KKM meminta kerjasama semua pihak agar tidak berkongsi dan menyebarkan lagi maklumat audio yang tidak benar itu.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab menyebarkan audio palsu itu boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana menyebarkan cerita palsu dan tidak benar di media sosial.

Dalam satu hantaran lain, KKM berkongsi saranan bagi tindakan kita untuk self lockdown.

Antaranya disyorkan ke pasar atau grocery untuk membeli barang keperluan seminggu sekali, isi minyak kenderaan tangki penuh, solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga, mengoptimumkan pembelian secara dalam talian dan zero tetamu. – HARAKAHDAILY 19/5/2021

- Advertisement -