Pensyarah desak Adun DAP mohon maaf

Dr Zulkeflee Yaacob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan Selangor Teng Chang Khim didesak memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana didakwa mempersenda pendirian tegas kerajaan terhadap kezaliman zionis Israel ke atas Palestin.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (PSI) Dr Zulkeflee Yaacob berkata, pemimpin DAP itu perlu memohon maaf kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya kenyataan pemimpin terbabit di media sosialnya dianggap kurang ajar dan tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

- Advertisement -

“Pemimpin terbabit ternyata tidak patriotisme dan hanya mahu meraih populariti politikus jalanan secara tidak bermoral.

“Dia seolah-olah meletakkan nyawa manusia hanya hujung lidah bukan akal yang berlandas undang-undang antarabangsa.

“Sedangkan nyawa orang awam terutama wanita, orang tua dan kanak-kanak perlu dijaga sekali pun waktu perang dan ia juga menjadi tuntutan Islam,” katanya di sini.

Teng menerusi hantaran di Facebook sebelum ini mendakwa Perdana Menteri cuba mengalihkan fokus rakyat Malaysia yang ketika ini diancam dengan penularan Covid-19 melalui isu Palestin.

Teng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor dikecam pelbagai pihak kerana komen tersebut.

Dr Zulkeflee juga berkata, pemimpin DAP itu disaran membaca buku berkaitan sejarah Islam bagi meluaskan pemikiran sebagai pemimpin politik.

“Sewajarnya pihak berkuasa menyiasat pemimpin DAP itu kerana dibimbangi ada ideologi yang boleh merosakkan pemikiran rakyat yang mencintai keamanan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/5/2021

- Advertisement -