PAS sudah kumpul lebih RM3.1 juta untuk #Aid4Palestin

Rekod rasmi setakat jam 9:30 pagi ini catat kutipan RM4,420,743

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kutipan dana #Aid4Palestine telah memperolehi RM3,109,627 dalam sumbangan yang terkumpul daripada PAS Negeri-negeri setakat diisytiharkan rasmi oleh Sekretariatnya jam 9:30 pagi ini.

Berikutan perkembangan memberangsangkan sokongan ramai kepada kempen ini sebagai tanda solidariti kepada Palestin, pihak Sekretariat juga telah meletakkan sasaran baharu RM10 juta bagi fasa ketiga.

- Advertisement -

PAS Negeri Kedah menjadi penyumbang terbesar setakat ini dengan jumlah RM1,107,712 diikuti PAS Terengganu (RM1,040,355), PAS Pahang (RM352,229), PAS Pulau Pinang (RM82,000) dan PAS Johor (RM80,000).

Negeri-negeri lain masih melangsungkan intensif kutipan yang belum diisytiharkan rasmi, manakala akaun Pusat menerusi Tabung Kemanusiaan Antarabangsa dan PASRelief sudah berjumlah RM447,331.

Semua jumlah ini tidak termasuk sumbangan menerusi 112 NGO yang turut bergabung bersama #Aid4Palestin di mana telah berjaya mengumpulkan RM1,311,116 juta dan mensasarkan ke angka RM2 juta setakat semalam.

Timbalan Pengerusi II #Aid4PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Md Piah berkata, ahli-ahli dan pimpinan PAS yang baharu keluar dari madrasah Ramadan menunjukkan roh perjuangan terhadap Palestin ketika ini.

Jelasnya, pembelaan Palestin ini oleh PAS bukan perkara baharu di mana menerusi PASRelief juga telah mengadakan sumbangan berkala kepada Palestin menerusi wakil dan kerjasama NGO di sana termasuk HAMAS.

Tegasnya, sokongan dan dukungan tersebut juga memberi isyarat penentangan terhadap Israel di mana PAS tegas menolak pencabulan, kekejaman dan penjajahan dilakukan Zionis Israel sejak lebih 70 tahun.

Para dermawan yang mahu menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5640 7061 4481 (Tabung Kemanusiaan PASRelief) dengan rujukan ‘Aid4Palestine’.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian ‘hotline’ 011-2077 5802 atau layari Facebook rasmi PASRelief di https://web.facebook.com/pasrelieff. – HARAKAHDAILY 18/5/2021

- Advertisement -