Kambing Boer Cross untuk Tabung Aid4Palestine

PULAU PINANG: Menyahut seruan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin yang menghadapi kekejaman dan penindasan rejim zionis Yahudi, rakyat Malaysia kelihatan bersemangat untuk menyumbang dari segi kewangan melalui Aid4Palestine.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff turut sama dalam usaha membantu rakyat Palestin melalui kutipan dana dengan membuka bidaan terhadap kambing peliharaannya.

Advertisement

Kambing baka Boer Cross yang cukup umur setahun itu dibuka untuk bidaan harga lantai RM1,000.

Beliau menyatakan perkara itu melalui FB miliknya di mana bidaan tersebut dibuka selama tiga hari kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi.

“Hasil jualan tersebut akan disumbangkan keseluruhannya kepada tabung Aid4Palestine,” jelasnya lagi.

Kepada sesiapa yang berminat dengan kambing itu boleh menghubungi beliau di talian 013-4313971. – HARAKAHDAILY 18/5/2021