DACS Kuala Langat semarak ‘Free Palestine’, ‘Israel Koyak’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat telah menzahirkan solidariti kepada Palestin menerusi kain rentang khas yang dinaikkan di empat lokasi di sekitar Banting, Kuala Langat, di sini semalam.

Pengarah DACS Kuala Langat, Saidul Marjuni yang juga Pengarah DACS Negeri Selangor berkata, inisiatif tersebut sebagai menimbulkan kesedaran bersama isu kemanusiaan khususnya terhadap Palestin yang kini menentang kekejaman Israel.

- Advertisement -

Menerusi kain rentang dipasang pihaknya itu, beliau mengajak penduduk khususnya anak-anak muda untuk mendedikasikan doa agar diberi kekuatan dan kemenangan kepada Palestin dan menamatkan konflik perang dicetuskan Zionis Israel.

Menurut beliau, DACS Kuala Langat berhasrat menghasilkan lebih banyak kain rentang yang tertulis ‘Free Palestine’ dan ‘Israel Terrorist’ tersebut untuk dipasang di lebih banyak lokasi dalam kawasan itu dalam meningkatkan tarikan solidariti ke atas kempen itu.

Maklum Saidul, pihaknya mengambil masa dari petang hingga tengah malam menyiapkan enam kain rentang yang akan dipasang di beberapa lagi lokasi dalam masa terdekat.

“Usaha kecil ini diharap dapat membangkitkan kesedaran dan cakna masyarakat setempat kepada situasi sedang berlaku di Palestin ketika ini,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 18/5/2021

- Advertisement -