Rakyat Palestin terkorban meningkat kepada 181

- Advertisement -

EMPAT polis rejim zions Israel cedera apabila dirempuh kereta yang dipandu pemuda Palestin di pintu masuk ke Shiekh Jarrah yang diadakan sekatan jalanr aya oleh polis rejim zionis Israel. Pemuda Palestin tersebut terkorban apabila ditembak oleh polis rejim zionis Israel. (Gambar 1)

- Advertisement -

Sebuah rumah, rumah ibadat Yahudi dan beberapa buah kenderaan rosak teruk di Askelan setelah terkena bedilan roket pejuang Palestin. (Gambar 2)

Pesawat pejuang rejim zionis Israel mengebom rumah milik keluarga Afana hingga ranap di Sheikh Rawdan, utara Semenanjung Gaza. (Gambar 3)

Pesawat pejuang rejim zionis Israel mengebom rumah milik keluarga Abu Sharmala hingga ranap di Yabna Barfah, Semenanjung Gaza. (Gambar 4)

Dua pendatang Yahudi mati manakala 135 cedera dan 2 lagi parah apabila tangga rumah ibadat yahudi di Givat Zeev, timur Jerusalem runtuh. (Gambar 5)

Angka korban akibat pengeboman rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 181 orang termasuk 29 wanita dan 52 kanak-kanak serta lebih 1,000 orang mengalami kecederaan.

Pemuda ekstremis berhaluan kanan zionis Israel berdemo sambil menjerit “death to Arab“ di bandar Khedira, Israel. (Gambar 6)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 17/5/2021

- Advertisement -