Perlukah membezakan Yahudi dan Zionis?

- Advertisement -

TIDAK semua Yahudi itu Zionis, ada yang tidak pro-Israel, kata ramai orang. Maka, tidak tepat kalau kita katakan Yahudi jahat mahu mengusir Palestin, sebaliknya lebih baik gunakan Zionis.

Saya sedar perkara itu, dan dalam penulisan saya, saya cuba berhati-hati. Namun, saya fikir kita tidak perlu terlalu apologetik terhadap Yahudi, atau sengaja membesar-besarkan perbezaan Yahudi dan Zionis, yang sebenarnya terlalu halus dan tidak jelas. Ya, Zionism adalah dogma politik untuk mewujudkan negara orang Yahudi di Tanah Suci mereka (Wilayah Palestin). 

- Advertisement -

Pada tahun 1948, Yahudi berjaya mengasaskan negara haram Israel. Bagi saya, untuk mengukur sama ada Yahudi adalah Zionis, kita perlu lihat berapakah sebenarnya jumlah orang Yahudi yang menyokong Zionis? Sekiranya jumlahnya sangat besar dan ‘overwhelming’, maka tidak perlulah kita terlalu apologetik hanya untuk ‘berlaku adil’.

Analoginya begini, dalam gerakan Komunis pun, ada ahli Komunis yang baik, tidak berperangai seperti yang lain. Ada yang katanya ‘warak dan alim’ pun. Tapi takkan dek kerana ada sekerat dua yang baik, kita mahu katakan Komunis itu baik, dan perlu dibeza antara Komunis baik dan jahat. Yahudi ada di banyak negara. Majoritinya di Israel dan Amerika Syarikat. Ayuh kita lihat sama ada mereka menyokong Zionis dan negara Israel, atau tidak?

Menurut kajian yang dibuat oleh Pew Research Centre pada tahun 2016, ‘98 peratus Yahudi di Israel sama ada golongan Haredi (ultra-Ortodoks), Dati (warak), Masorti (tradisional, atau Hiloni (Sekular) bersetuju bahawa semua Yahudi dalam dunia perlu diberi hak ‘Aliyah’ (pulang ke Israel) dan diberi kerakyatan Israel.’ Ya, 98 peratus.

91 peratus pula bersetuju bahawa negara Israel perlu untuk kelangsungan bangsa Yahudi di dunia, dan 79 peratus bersetuju bahawa Yahudi perlu diberi layanan istimewa di Israel. [1] Itu pendapat Yahudi di Israel. 

Bagaimana pula Yahudi di Amerika Syarikat? Memandangkan Amerika Syarikat berpegang kepada pemikiran Sekular yang menebal, dan kebebasan, pengaruh agama kepada individu adakalanya tidak mainkan peranan penting.

Kajian yang dilakukan Pew Research Centre pada tahun 2013 menyatakan seperti berikut pula:

“Overall, about seven-in-ten Jews surveyed say they feel either very attached (30%) or somewhat attached (39%) to Israel, essentially unchanged since 2000-2001. In addition, 43% of Jews have been to Israel, including 23% who have visited more than once. And 40% of Jews say they believe the land that is now Israel was given by God to the Jewish people”. Lihat bahawa ’69 peratus Yahudi Amerika ‘terikat’ dengan Israel walaupun mereka hidup dalam negara demokrasi bebas’. [2]

Kita terbang pula ke UK. Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Jewish Policy Research bertajuk ‘Committed, concerned and conciliatory: The attitudes of Jews in Britain towards Israel’ pada tahun 2010, ’90 peratus responden setuju bahawa Israel adalah tanahair pusaka (ancestral homeland) kepada bangsa Yahudi, dan 82 peratus bersetuju bahawa Israel adalah penting atau ‘central’ kepada identiti Yahudi’. Tambahan pula, 95 peratus Yahudi di UK pernah melawat Israel menurut kajian yang dilakukan.[3]

Berdasarkan kepada kajian-kajian di atas, satu trend yang pasti adalah ‘kebanyakan orang Yahudi di Israel, Amerika Syarikat dan UK menyokong idea kewujudan negara haram Israel’. 

Walaupun idea Zionism dicetuskan oleh Theodor Herzl pada sekitar tahun 1896, kekejaman dan kejahatan Yahudi telah lama dirakamkan dalam al-Quran.

Ayat 82, Surah Al-Maidah dengan jelas menyatakan:

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik.”

Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa tiada keperluan khusus untuk membezakan Yahudi dan Zionis Israel hanya kerana mahu bersikap adil, kerana amaran al-Quran dan kecenderungan amalan Yahudi hari ini sendiri menunjukkan Yahudi adalah dan/atau menyokong Zionis. 

YUSFARIZAL YUSSOFF
ADVOCS – HARAKAHDAILY 17/5/2021

Rujukan:

[1] https://www.pewforum.org/2016/03/08/israels-religiously-divided-society/

[2] https://www.pewforum.org/2013/10/01/jewish-american-beliefs-attitudes-culture-survey/

[3] https://pearsfoundation.org.uk/wp-content/uploads/2018/06/Committed-concerned-and-conciliatory-The-attitudes-of-Jews-in-Britain-towards-Israel.pdf

- Advertisement -