Masjid Sultan Muhammad II diarah tutup dua minggu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Masjid Sultan Muhammad II, Telipot di sini diarah tutup selama dua minggu kepada orang awam sehingga 31 Mei selepas terdapat penularan wabak Covid-19 dalam kalangan jemaah.

Timbalan Yang Dipertua Majilis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Zulkifle Ab Rahman berkata, penutupan yang berkuatkuasa pada 15 Mei sehingga 31 Mei itu dibuat susulan penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan jemaah masjid berkenaan yang telah dikesan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu.

- Advertisement -

Menurut beliau, langkah itu diambil selepas mendapat nasihat dari PKD Kota Bharu dalam usaha memutuskan rantaian pandemik itu.

“MAIK berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam usaha memutuskan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkifle memberitahu, bagaimanapun sepanjang tempoh tersebut hanya 13 orang kakitangan masjid yant terdiri daripada imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan dibenarkan untuk menunaikan solat jemaah.

Katanya, kebenaran itu diberikan setelah kesemua mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

Semalam Maik mengarahkan Masjid Muhammadi di sini yang juga merupakan Masjid Negeri Kelantan ditutup selama dua minggu bermula hari ini kepada jemaah awam. – HARAKAHDAILY 17/5/2021

- Advertisement -