Ini bukti keladak buangan PBAPP ke sungai punca banjir?

‘DALAM Dewan yang mulia ini saya ingin menyatakan bahawa PBA membuang keladak mereka ke dalam sungai’. ‘Itu antara punca sungai itu tersumbat.’

Begitulah penjelasan Puan Wan Nor binti Hassan ucapan beliau dalam Sidang DUN Simulasi Wanita Pulau Pinang pada 20 Oktober 2020. Puan Wan Nor mewakili DUN Pengkalan Kota (PH). Program ini disiarkan secara live di Page Penang Women’s Development Corporation-PWDC. Mengikut semakan LEKAS, LEKAS percaya bahawa Puan Wan Nor binti Hassan ini ialah Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, Dr. Wan Nor binti Hassan.

Jadi kami berpandangan bahawa kenyataan Puan Wan Nor ini sangat berkredibiliti untuk menjelaskan mengenai kesilapan Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai Pihak Berkuasa Air Negeri yang bertanggungjawab melakukan pencemaran sungai membuang keladak selut (alum sludge) ke dalam Sungai Merbau Kudong, Sungai Prai Mati dan Sungai Prai. 

Advertisement

Apakah Puan Wan Nor sebagai ADUN simulasi Pengkalan Kota mewakili Kerajaan Negeri sedang bertindak secara salah untuk memburukkan PBAPP? Beginilah hebatnya wanita yang berani berkata benar apabila jika diangkat menjadi ADUN. ADUN Pengkalan Kota yang sebenar mungkin tak pernah memperlihat tahap berani menegur sedemikian.

Syabas pemimpin wanita Pulau Pinang! Terima Kasih kerana berani mendedahkan kesilapan PBAPP yang mencemarkan sungai sehingga berlakunya banjir yang menyusahkan penduduk! LEKAS lebih cenderung untuk bersikap adil terhadap sungai dan penduduk terjejas banjir.

Kenapa harus ada suara sumbang yang hanya berani bercakap soal keadilan untuk PBAPP sedangkan PBAPP dan Kerajaan Negeri tidak nampak adilnya untuk sungai. Apa yang kami faham adalah;

‘YB Zairil ahli BOD PBAPP yang membiarkan YB Zairil Exco Saliran menjadi gagal untuk selesaikan masalah banjir sehingga sekarang yang berpunca daripada PBAPP yang membuang keladak selut (alum sludge) ke dalam sungai’. Semoga masyarakat dan semua pihak dapat menilai secara matang dan hati terbuka. 

Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang – LEKAS

Transkripsi penuh video

‘Antara contoh kawasan banjir yang disebabkan oleh sungai ialah kawasan Sungai Dua, Seberang Perai.’

‘Di sini terletaknya PBA.’

‘Dalam Dewan yang mulia ini saya ingin menyatakan bahawa PBA membuang keladak mereka ke dalam sungai.’ 

‘Itu antara punca sungai itu tersumbat.’

‘Mohon mencelah, mohon mencelah, mohon mencelah YB boleh?.’ [suara pihak lain mencelah]

‘Mohon maaf masa tak ada.’

‘Kerana ini satu kenyataan!’

‘Walaupun saya tahu bahawa YB pembangkang adalah ADUN di kawasan tersebut.’

‘Tapi masalah telah sekian lama.’

‘Saya tidak bangkang.’ [suara mencelah]

‘Tetapi tidak ada sebarang tindakan yang kita kata berkesan.’

‘YB Zairil dah turun dah… YB Zairil dah turun…’ [lagi suara mencelah yang kurang jelas]

‘Malah akhir sekali banjir pada November 2017’

‘Dan it is a fact… kerana (berpunca daripada) sungai.’

‘Dan saya sendiri pergi melawat juga.’

‘Dan saya melihat sungai yang seolah-olah bukan sungai.’

‘Dipenuhi rumput.’

‘Dipenuhi selut dan sebagainya.’

‘Dan saya harap sangatlah… Exco Saliran (YB Zairil) melihat perkara ini.’

‘Kerana ini realiti.’ – Puan Wan Nor binti Hassan – HARAKAHDAILY 17/5/2021