Covid-19: HSB sedia kontena khas simpan jenazah

Foto daripada Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia kerana Covid-19.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.

Advertisement

KKM turut memaklumkan semalam enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.

Tambahnya, Lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

Katanya, kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.

“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” ujarnya lagi.

Foto daripada Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Dalam satu hantaran yang lain, KKM berkongsi foto dua kakitangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sedang melakukan ujian pengesanan Covid-19 terhadap jenazahatau mayat yang dibawa ke hospital atau kes Brought In Dead (BID).

“Akhir-akhir ini, kes-kes BID di Lembah Klang semakin meningkat,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/5/2021