Pesawat rejim zionis terus bom Semenanjung Gaza

PESAWAT pejuang rejim zionis Israel terus mengebom Semenanjung Gaza ketika ini. (Gambar 1)

Puluhan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah memasuki ruang udara Tel Aviv dan Hebron ketika ini dan cuba dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome rejim zionis Israel. (Gambar 2)

Advertisement

Anak-anak muda Lubnan memanjat tembok di sempadan Israel-Lubnan pada awal pagi Sabtu. (Gambar 3)

Siren amaran dibunyikan beberapa kali pada hari Sabtu yang memaksa penduduk Tel Aviv berlari ketakutan menuju ke tempat perlindungan. (Gambar 4)

Puluhan roket dilancarkan oleh pejuang Palestin pada awal pagi Sabtu yang menyaksikan ia jatuh di Tel Aviv hingga mengakibatkan kemusnahan teruk. (Gambar 5)

Telah berlaku pertembungan di antara penduduk Palestin dengan polis rejim zionis Israel di Umm Al Fahm dan beberapa bandar lagi sama ada di Tebing Barat mahupun Semenanjung Gaza. (Gambar 6)

Pesawat pejuang Israel terus mengebom Semenanjung Gaza semalam di mana sebuah rumah hancur di Deir Balah, Cairo Tower di Bandar Gaza termasuk Jalaa Tower yang menempatkan banyak media antarabangsa seperti Al Jazeera dan Associated Press. (Gambar 7)

Ribuan pengunjung pantai di Tel Aviv melarikan diri selepas siren amaran dibunyikan pihak berkuasa rejim zionis Israel. (Gambar 8)

Polis rejim zionis Israel menyerang beberapa orang wanita yang merupakan penduduk Sheikh Jarrah. (Gambar 9)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 16/5/2021

(Kredit: Gaza Now, Alarabiya Palestine, Al Jazeera, Shahab News, Al Quds.)