Hilang isteri, empat anak dibom pesawat zionis Israel

ANTARA kanak-kanak yang terselamat mahupun terkorban dalam pengeboman pesawat pejuang rejim zions Israel di Wahda Street, Semenanjung Gaza lewat malam semalam. (Gambar 1)

Advertisement

33 orang terkorban termasuk 8 kanak-kanak dan 12 wanita dalam siri serangan pesawat pejuang rejim zionis Israel ke atas Wahda Street, Semenanjung Gaza lewat malam semalam. Misi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut masih diteruskan. (Gambar 2)

Seorang ayah terpaksa mengucup kali terakhir jenazah anaknya yang terkorban dalam pengeboman pesawat pejuang zionis Israel hari ini di Wahda Street, Semenanjung Gaza di mana beliau kehilangan empat anak dan isteri akibat pengeboman tersebut. (Gambar 3)

Pendatang haram yahudi di Asqlan lari menyelamatkan diri apabila kelihatan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza di ruang udara berdekatan mereka dan apabila siren pihak berkuasa rejim zions Israel di bunyikan. (Gambar 4)

Jenazah Dr. Ayman Abu Alouf, seorang doktor pakar dari Hospital Gaza disolat oleh kakitangan hospital tersebut setelah terbunuh dalam serangan ganas pesawat pejuang rejim zionis Israel. Mayat beliau dijumpai dalam runtuhan bangunan yang didiaminya. (Gambar 5)

Dua rakyat Jordan ditangkap oleh tentera rejim zions Israel setelah menyeberangi sempadan Jordan-Israel. (Gambar 6)

40 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan di Semenajung Gaza hari ini.

Pesawat pejuang rejim zions Israel mengebom dan menusnahkan bangunan Anas bin Malik di Al Yarmouk Street, Semenanjung Gaza hari ini. (Gambar 7)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 16/5/2021