Guru insan mulia di barisan hadapan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Guru merupakan insan mulia dan golongan yang berada di barisan hadapan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Saidina Ali R.A pernah berkata: “Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan kamu menjaga harta, dan ilmu bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan…Dan ulama itu akan tetap hidup selamanya meski pun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingati dalam hati”.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, di atas segala pengorbanan guru semoga Allah SWT menganugerahkan sebaik-baik ganjaran atas khidmat yang mereka curahkan.

- Advertisement -

“Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Berguru demi ilmu, bina generasi baharu,” katanya pada kenyataan sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Kelantan antara negeri yang mempunyai dua sistem pendidikan di negara ini iaitu agama dan arus perdana.

Pendidikan agama dikendalikan di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di mana setiap tahun lebih RM100 juta diperuntukan untuk pengurusan dan pembangunan sekolah terbabit.

Sehingga sekarang terdapat lebih 90 sekolah sekolah agama di seluruh negeri itu yang diurus Yik. Di bawah Yik terdapat sekolah tahfiz, tahfiz sains dan aliran agama.

Manakala pendidikan arus perdana pula diurus di bawah Jabatan Pendidikan Negeri. – HARAKAHDAILY 16/5/2021

- Advertisement -