Covid-19: Keadaan di hospital masa ini membimbangkan

Foto daripada Facebook Hirman Ismail.
- Advertisement -

SEBAGAIMANA yang diumumkan oleh TS KPK (Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan), keadaan di hospital buat masa ini adalah membimbangkan:

1. Kadar penggunaan katil ICU Covid-19 seluruh negara adalah 80 peratus dan ada negeri yang mencatat kadar yang lebih tinggi seperti Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang;

2. Ada hospital yang katil ICU nya sudah digunakan sepenuhnya;

3. Jumlah kemasukan kes ke ICU meningkat sebanyak 46 peratus berbanding tempoh 2 minggu lepas;

4. Jumlah kes yang berada di ICU sekarang telah mencecah lebih 680 kes (termasuk kes suspected/probable), iaitu jumlah tertinggi semenjak wabak ini bermula tahun 2020.

- Advertisement -

Selain itu, indikator lain juga masih belum menunjukkan perubahan ketara. Jumlah kes baharu masih 4 angka kes sehari dan nilai kebolehjangkitan R masih melebihi nilai 1.0.

Dalam keadaan seperti ini, KKM terpaksa melaksanakan strategi/ langkah surge capacity yang telah diatur sebelum ini. Unjuran keperluan katil ICU setiap negeri telah dilakukan melalui analisis data sedia ada termasuk berpandukan SEIR modelling oleh Institut Penyelidikan Perubatan NIH serta menggunakan beberapa parameter tambahan seperti profil lonjakan kes mengikut negeri untuk tempoh 2-4 minggu lepas, kadar penggunaan katil semasa seluruh negara dan risk assessment matrix. Daripada unjuran ini, perancangan serta keutamaan dapat dilakukan dengan teratur.

Pada hari ini, perbincangan telah diadakan bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia bagi memperhalusi perancangan mewujudkan sebuah hospital medan bagi merawat pesakit-pesakit kritikal. Beberapa isu teknikal dibincangkan bersama TS KPK seperti keperluan peralatan perubatan, tenaga kepakaran, bekalan oksigen dan lain-lain isu kejuruteraan. Tidak dapat dinafikan, dalam situasi seperti ini, isu sumber tenaga manusia merupakan cabaran yang besar. Modified standards and delivery of care perlu dilaksanakan bagi menampung pertambahan kes kritikal di hospital.

Semoga urusan kita dipermudahkan.

Jaga SOP.
Keluar rumah hanya jika perlu.
Lindungi golongan rentan seperti warga emas.
Daftar sebagai penerima vaksin. – HARAKAHDAILY 16/5/2021

- Advertisement -