Solidariti bersama rakyat Palestin

LEBIH 70 tahun kekejaman Israel terhadap negara Palestin melalui peristiwa Nakbah 1948 yang merupakan pengusiran dan pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin daripada tanah air mereka sendiri.

Peristiwa Nakbah bertarikh 15 Mei 1948 merupakan salah satu perancangan Zionis untuk merampas sekaligus menjajah kota suci umat Islam tersebut. Ia berterusan sedikit demi sedikit sehinggalah agenda menubuhkan Israel Raya/Israel Kubra tercapai.

Siri penjajahan berterusan lagi sehingga ke hari ini. Angka rakyat Palestin yang terkorban terus meningkat termasuklah kanak-kanak, wanita dan ratusan lagi cedera. Masjid Al-Aqsa diserang, penduduk di Sheikh Jarrah diusir secara paksaan oleh penjajah Zionis Israel.

Advertisement

Namun, semua itu tidak melunturkan semangat jihad yang ada pada rakyat Palestin demi maruah dan kedaulatan negara. Begitu juga negara-negara Islam yang turut bersolidariti mengutuk kekejaman yang berlaku.

PAS mengutuk kezaliman yang dilakukan Zionis Israel terhadap negara Palestin. Seruan kepada seluruh rakyat Malaysia terus berdoa dan memberikan sumbangan bagi menyatakan keprihatinan terhadap saudara se-Islam kita di sana.

PAS juga menyokong penuh usaha Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri, NGO/NGI dan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan kedamaian bagi membantu rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan tanah air mereka.

Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara ‘crowd funding’ melalui akaun:

Tabung Kemanusiaan PAS Relief
MBB 564070614481

Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah SWT.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
15 Mei 2021 | 3 Syawal 1442 – HARAKAHDAILY 15/5/2021